Tabika Taman Mesra Sandakan
Sunday, 30 December 2012
Thursday, 13 December 2012
Organisasi Tabika
Pengerusi
En. Mohammad B. Buangkan
Tim. Pengerusi
Pn. Norlina Bt. Ismail
Setiausaha
Pn. Annasia Bt. Hussain
Bendahari
Cik Noor Sairah Bt. Arsin
AJK
Pn. Saharah Bt. Edris
Cik Dayang Siti Zaharah Bt. Zainal
Pn. Sabariah Bt. Malek Pn. Harnitah Bt. Tang Pn. Zainab Bt. Mohammad Pn. Harijah Bt. Suji
Pn. Kaifah Bt. Sukur
Pengenalan TABIKA
Saya Saharah Edris berasal dari Rancangan Suan Lamba Kinabatangan dan bertugas di TABIKA KEMAS Taman Mesra Sandakan. Saya baru bertugas di situ selama setahun. Sebelum ini saya bertugas di TABIKA Kg. Forest, TABIKA Kg. Tanah Merah dan TABIKA KEMAS Kg. Melayu Tg. Papat. TABIKA Taman Mesra diwujudkan pada Jun 2008 dengan bilangan kanak-kanak seramai 18 orang dan seorang guru. Tahun kedua bilangan kanak-kanak bertambah seramai 76 orang dengan bilangan guru seramai dua orang. Pada tahun berikutnya jumlah kanak-kanak yang berdaftar semakin meningkat iaitu mencecah 100 orang. Atas keprihatinan unit prasekolah KEMAS guru ditambah seramai dua orang untuk mencukupkan empat orang guru mengendali setiap kelas.
Sesi pembelajaran dilaksanakan sebanyak dua sesi iaitu kelas A dan B sesi pagi, kelas C dan D sesi tengahari. Namun demikian semenjak tabika itu diwujudkan kami masih menumpang di masjid Taman Mesra memandangkan peruntukan untuk membina bangunan di situ belum kesampaian. Hal ini sudah diajukan kepada pihak yang berkenaan namun hasilnya belum nampak walaupun pihak jabatan KEMAS Sandakan sudah berulangkali berusaha mengisukan hal ini kepada kepada pihak atasan.
Selaku guru-guru yang telah diamanahkan untuk membimbing anak bangsa kami tetap menjalankan tugas seperti yang telah diarahkan walaupun ternyata situasi kelas tidak selesa dan sering mendapat gangguan dari persekitaran. Apapun amanah tetap ditunaikan.

Subscribe to:
Comments (Atom)