Thursday, 13 December 2012

Pengenalan TABIKA

Saya Saharah Edris berasal dari Rancangan Suan Lamba Kinabatangan dan bertugas di TABIKA KEMAS Taman Mesra Sandakan.  Saya baru bertugas di situ selama setahun.  Sebelum ini saya bertugas di TABIKA Kg. Forest, TABIKA Kg. Tanah Merah dan TABIKA KEMAS Kg. Melayu Tg. Papat.  TABIKA Taman Mesra diwujudkan pada Jun 2008 dengan bilangan kanak-kanak seramai 18 orang dan seorang guru.  Tahun kedua bilangan kanak-kanak bertambah seramai 76 orang dengan bilangan guru seramai dua orang.  Pada tahun berikutnya jumlah kanak-kanak yang berdaftar semakin meningkat iaitu mencecah 100 orang.  Atas keprihatinan unit prasekolah KEMAS  guru ditambah seramai dua orang untuk mencukupkan empat orang guru mengendali setiap kelas.
      Sesi pembelajaran dilaksanakan sebanyak dua sesi iaitu kelas A dan B sesi pagi, kelas C dan D sesi tengahari.  Namun demikian semenjak tabika itu diwujudkan kami masih menumpang di masjid Taman Mesra memandangkan peruntukan untuk membina bangunan di situ belum kesampaian.  Hal ini sudah diajukan kepada pihak yang berkenaan namun hasilnya belum nampak walaupun pihak jabatan KEMAS Sandakan sudah berulangkali berusaha mengisukan hal ini kepada kepada pihak atasan.
      Selaku guru-guru yang telah diamanahkan untuk membimbing anak bangsa kami tetap menjalankan tugas seperti yang telah diarahkan walaupun ternyata situasi kelas tidak selesa dan sering mendapat gangguan dari persekitaran.  Apapun amanah tetap ditunaikan.

No comments:

Post a Comment